- isytiharkan darurat
- pengharaman parti komunis dan parti berhaluan kiri
- besarkan pasukan keselamatan
- Rancangan Briggs
- Perang Saraf
- pengampunan beramai-ramai
- Jun 1948, komunis telah membunuh 3 orang pengurus ladang bangsa Eropah di Sungai Siput, Perak.
- peristiwa ini menggemparkan kerajaan British.
- kesannya, Pesuruh Tinggi British, Sir Edward Gent telah mengisytiharkan darurat di seluruh Tanah Melayu pada 17 Julai 1948.
- di bawah Undang-Undang Darurat 1948, kerajaan boleh menangkap sesiapa sahaja yang disyaki terlibat dengan pengganans komunis tanpa sebarang perbicaraan.
- undang-undang ini juga memberi kuasa kepada pasukan keselamatan untuk menggeledah rumah kediaman mereka yang disyaki.
- pasukan keselamtan juga diberi kuasa untuk memindahkan penduduk ke penempatan baru atau memagar sesebuah kampung yang disyaki ada hubungan dengan pengganas komunis.
- 23 Julai 1948, kerajaan British mengharamkan Parti Komunis Malaya(PKM).
- British juga mengharamkan parti-parti politik Melayu yang berhaluan kiri yang memperjuangkan kemerdekaan seperti Angkatan Pemuda Insaf(API),Angkatan Wanita Sedar(AWAS), Ikatan Pemuda Tanah Air Melayu(PETA), Pemuda Radikal Melayu(PERAM), Parti Kebangsaan Melayu Malaya(PKMM) dan Hizbul Muslimin.
- kerajaan British Menggerakkan 40 000 orang tentera termasuk 13 batalion askar Melayu, Gurkha dan British untuk memburu pengganas komunis.
- mereka diberi kelengkapan senjata baru, meriam, alat kelengkapan perang, hubungan radio yang lebih baik, kapal terbang dan kapal laut.
- British membawa masuk askar negara-negara Komanwel, terutamnya daripada Australia, New Zealand, Afrika Timur, dan Fiji bagi menentang komunis di Tanah Melayu.
- kerajaan juga menubuhkan 250 000 Home Guard di peringkat kampung demi membantu pasukan polis dan tentera menjaga keselamatan.
- kerajaan British menubuhkan pasukan Home Guard yang bukan sahaja terdiri daripada lelaki, bahkan juga wanita.
- kesanggupan dan keberanian orang Melayu dalam menentang komunis amat mengkagumkan Pesuruhjaya Tinggi British paa masa itu.
- kerajaan telah menyusun dan membesarkan pasukan polis sehingga meningkatkan 70 000 orang anggota.
- Bristish telah melatih seramai 24 000 orang mata-mata khas Melayu (Special Constable) untuk mengawal ladang dan lombong yang terpencil.
No comments:
Post a Comment