Tuesday, 28 August 2012

my hobby...

hobi.....
apa yang anda tahu tentang hobi?
hobi merupakan sesuatu aktiviti atau perkara yang kita minat dan juga sering kita lakukan sama ada secara bersendirian atau dengan kawan-kawan bahkan juga dengan ibu bapa kita juga..
saya ada hobi juga...benda yang paling saya minat saya suka sangat baca buku. buku ada banyak jenis buku yang saya minat ini seperti novel, cerpen, komik, cerita pendek...kalau yang buku akademik tu memang kuranglah minat kan...dari sekolah rendah lagi saya memang suka membaca..kalau pergi perpustakaan memang rajin untuk pinjam buku seperti buku cerita tentang peribahasa, penyiasatan, komik dan sebagainya...pada tahun 4 atau tahun 5 saya mula dah berjinak dengan novel...minat baca novel sebab pengaruh saudara saya...sampai sekarang memang masih minat membaca novel..di rumah bertimbun koleksi novel saya...novel harganya mahal kalau dekat Sarawak. jadi, saya jaranglah beli buku ketika di sekolah menengah...saya akan beli komik saja. dekat sekolah dahulu, pantang lihat kawan ada baca novel mesti nak pinjam  dan baca juga...paling membosankan waktu menunggu keputusan spm...tidak ada perkara yang menarik hendak dilakukan..jadi saya isikan masa itu dengan membaca novel. nasiblah juga ibu tersayang minat membaca novel, jadi senang sikitlah nak beli novel itu...sekarang saya dah masuk institut perguruan di Kedah...mula cari kedai buku..tengok novel menarik berlambak di Popular memang rasa nak beli semua tapi kita jangan ikut nafsu, kita ikutlah kemampuan kita...

membaca novel ada kebaikan dan juga keburukannya. kebaikannya ialah membaca mengelakkan kita daripada melakukan aktiviti yang tidak berfaedah seperti melepak, mengumpat, merayau-rayau pada masa lapang. selain itu, bagi saya membaca boleh mengelakkan daripada stress juga..contoh seperti di IPG, kehidupan memang sibuk dengan aktiviti, IPG, presentation, tugasan dan sebagainya...keadaan itu kadang-kadang membuatkan saya rasa stress dan letih. kalau kita letih kita tidak akan dapat hendak melakukan tugasan harian kita dan ia akan menjadi stress. oleh itu, saya akan biarkan semua kerja saya buat sementara waktu dan baca novel atau komik.

keburukkannya...bagi yang tidak pandai mengatur masa, membaca novel, buku cerita dan sebagainya hanya akan membuatkan mereka tidak melakukan apa-apa kerja. sikap malas dalam diri akan mula bermaharajalela dalam diri. itu bukan satu tabiat yang baik. selain itu, kalau asyik membaca juga membuatkan seseorang itu kurang bergaul dengan orang lain seperti ibu bapa, adik-beradik dan rakan-rakan di sekeliling mereka...itu tidak baik untuk perkembangan sosial.

dalam saya minat dengan membaca timbul juga minat untuk menghasilkan karya sendiri tetapi saya masih belum yakin lagi untuk mendedahkan hasil karya saya kepada orang lain. rasa masih belum sesuai..apapun saya berharap masa untuk saya dedahkan hasil karya saya akan tiba juga suatu hari nanti. 



sebahagian daripada koleksi novel saya..

No comments:

Post a Comment