Monday, 22 October 2012

Langkah-langkah Membanteras Komunis
  • isytiharkan darurat
  • pengharaman parti komunis dan parti berhaluan kiri
  • besarkan pasukan keselamatan
  • Rancangan Briggs
  • Perang Saraf
  • pengampunan beramai-ramai
Isytiharkan Darurat

  • Jun 1948, komunis telah membunuh 3 orang pengurus ladang bangsa Eropah di Sungai Siput, Perak. 
  • peristiwa ini menggemparkan kerajaan British.
  • kesannya, Pesuruh Tinggi British, Sir Edward Gent telah mengisytiharkan darurat di seluruh Tanah Melayu pada 17 Julai 1948.
  • di bawah Undang-Undang Darurat 1948, kerajaan boleh menangkap sesiapa sahaja yang disyaki terlibat dengan pengganans komunis tanpa sebarang perbicaraan.
  • undang-undang ini juga memberi kuasa kepada pasukan keselamatan untuk menggeledah rumah kediaman mereka yang disyaki.
  • pasukan keselamtan juga diberi kuasa untuk memindahkan penduduk ke penempatan baru atau memagar sesebuah kampung yang disyaki ada hubungan dengan pengganas komunis.
Pengharaman Parti Komunis dan Parti Berhaluan Kiri
  • 23 Julai 1948, kerajaan British mengharamkan Parti Komunis Malaya(PKM).
  • British juga mengharamkan parti-parti politik Melayu yang berhaluan kiri yang memperjuangkan kemerdekaan seperti Angkatan Pemuda Insaf(API),Angkatan Wanita Sedar(AWAS), Ikatan Pemuda Tanah Air Melayu(PETA), Pemuda Radikal Melayu(PERAM), Parti Kebangsaan Melayu Malaya(PKMM) dan Hizbul Muslimin.
Memperbesarkan Pasukan Keselamatan
  • kerajaan British Menggerakkan 40 000 orang tentera termasuk 13 batalion askar Melayu, Gurkha dan British untuk memburu pengganas komunis.
  • mereka diberi kelengkapan senjata baru, meriam, alat kelengkapan perang, hubungan radio yang lebih baik, kapal terbang dan kapal laut.
  • British membawa masuk askar negara-negara Komanwel, terutamnya daripada Australia, New Zealand, Afrika Timur, dan Fiji bagi menentang komunis di Tanah Melayu.
  • kerajaan juga menubuhkan 250 000 Home Guard di peringkat kampung demi membantu pasukan polis dan tentera menjaga keselamatan.
  • kerajaan British menubuhkan pasukan Home Guard yang bukan sahaja terdiri daripada lelaki, bahkan juga wanita.
  • kesanggupan dan keberanian orang Melayu dalam menentang komunis amat mengkagumkan Pesuruhjaya Tinggi British paa masa itu.
  • kerajaan telah menyusun dan membesarkan pasukan polis sehingga meningkatkan 70 000 orang anggota.
  • Bristish telah melatih seramai 24 000 orang mata-mata khas Melayu (Special Constable) untuk mengawal ladang dan lombong yang terpencil.
akan bersambung nanti.......
ž
ž